Etimologi nama Nymphadora_Tonks

Nymphadora secara harafiahnya adalah "Anugerah daripada Nymph". Nymph adalah roh penjaga dalam mitologi Yunani yang menguasai pohon, hutan suci, sungai dan lautan. Ketika zaman Renaissance, Eropah Utara menggandingkan Nymph dengan Elf. Dalam kisah klasik Shakespeare, A Midsummer Nights Dream, Elf tradisional Inggeris berdampingan dengan Nymph Yunani sebagai pelayan Diana.

Nymph juga nama satu tahap metamorfosis dari pepatung, iaitu sebelum pepatung mencapai dewasa.